Khamis, 3 Mac 2011

Isteri Yang Baik Perlu Dihargai

Tadi tengok cerita 'Inikah Cinta', mengalir airmata bila dengar skrip yang dilafazkan oleh En.Latiffi iaitu bos Riana watak utama cerita tersebut. Antara skrip yg menyentuh hati putri bila dia cakap "seorang isteri yang baik harus disayangi, dibelai dan dihargai bukan dihina, Riana seorang isteri yang baik. Dia dah banyak berkorban untuk awak". Bagusnya kalau ada lelaki yg prihatin mcm watak En. Latiffi tuh. Tapi bila dipikirkan balik, itu hanya skrip dan kata-kata seseorang yang belum menjadi suami. Bila dah jadi suami semuanya jadi lain. Betulke??

Keindahan Kehidupan

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan......